1. TIMBALAN SETIA NEGERI
"This unit, known as the Timbalan Stia Negri was at first only 60 strong and
their main duty was to assist the Police in the maintenance of order in the
state (Rujukan: Riwayat Johor Military Forces, pg: 23)."
Selepas DYMM Sultan Sir Abu Bakar berangkat pulang ke Johor,
baginda bertitah supaya 60 orang anak muda dalam kalangan melayu dipilih
untuk dijadikan constable atau dalam Bahasa Melayu disebut Timbalan Setia
Negeri sebagai bantuan kepada Pasukan Polis yang telah sedia ada. Baginda
telah berkenan melantik Syed Mahmud bin Nong Yahya seorang Putera Teluk
Belanga menjadi ketuanya (Rujukan: Ruwayat Johor Military Forces – Kekuatan
Askar Johor dari mula ditubohkan).
Sebelum DYMM Sultan Sir Abu Bakar mengikat Perjanjian Setia 1885
bersama kerajaan Inggeris di England, baginda telah mula mengadakan
Pasukan Askar Johor daripada anak negeri (orang Melayu Johor) sendiri iaitu
dikenal dengan nama Timbalan Setia Negeri atau Johore Military Forces.
Pasukan ini dipimpin dan diperintahkan oleh orang melayu sendiri (Rujukan:
Sejarah Johor, Kaitannya dengan Negeri Melayu, Shaharom Husain,1995).
Kemudian, DYMM Sultan Sir Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar
menaiki takhta Johor pada tahun 1895 selepas kemangkatan ayahanda, baginda
telah meneruskan kesinambungan Timbalan Setia Negeri. Pada tahun 1895,
baginda yang berpangkat Kolonel Komandan telah memasyhurkan nama Timbalan
Setia Negeri kepada Askar Timbalan Setia Negeri (ATSN) (Rujukan: 100 TAHUN,
1886-1986 Askar Timbalan Setia Negeri Johor). Pelbagai pertandingan,
keanggotaan dalam acara perbarisan dan keahlian dalam membantu
peperangan juga telah dilaksanakan oleh pasukan ATSN pada ketika itu.
Pada era ke-19an, Askar Timbalan Setia Negeri seterusnya dimasyhurkan
sebagai Johore Military Forces sebagai lambang pemodenan pasukan tersebut.
Menerusi penstrukturan semula termenterai sebuah undang-undang yang
dikenali sebagai “Undang-Undang Bilangan 18 bagi Tahun 1915”. Terdapat
beberapa jawatan diperkenal seperti Komandan, Court Marshall, musuh, hadiah
militari, kesalahan dan lain-lain (Rujukan: 100 TAHUN, 1886-1986 ATSNJ).
2. PEMODENAN JOHORE MILITARY FORCES
A) Kewujudan Pancaragam Bras Band 1882 Hingga 1985

Pancaragam Askar Timbalan Setia Negeri Johor 1896
Pada tahun 1882, DYMM Sultan Sir Abu Bakar telah menubuhkan
sebuah unit pancaragam yang dikenali sebagai Bras Band yang telah dimainkan
di Teluk Belanga semasa Pesta Perkahwinan Kerabat Diraja Johor. Unit
pancaragam ini dianggotai oleh anak-anak Melayu dan seorang guru berbangsa
Belanda yang bernama Golistan. Kemudian, selepas Golistan bersara pasukan unit
pancaragam ini diserahkan kepada Drum Mejar Awang bin Yahya yang mahir di
dalam bidang muzik. Pasukan pancaragam ini kemudiannya diketuai oleh seorang
Band Master yang pernah berkhidmat dengan British Regiment pada tahun 1935
yang bernama Wright. Beliau telah berkhidmat sehingga kedatangan Jepun pada
tahun 1940 (Rujukan: 100 TAHUN, 1886-1986 Askar Timbalan Setia Negeri
Johor).
Selain itu, pasukan unit pancaragam ini direhatkan seketika sehingga
tamat Perang Dunia Kedua dan kembali aktif pada tahun 1978. Mohamad bin
Jonid berpangkat Pegawai Waren 2 telah mengetuai pasukan ini sebelum diambil
alih oleh Mejar Mohamad Anuar bin Alaidin sebagai Pengarah Muzik. Oleh hal
demikian, upacara penting seperti Ulangtahun Hari Keputeraan Baginda Sultan,
Majlis Penyampaian Pingat dan Darjah Kebesaran Johor, Majlis Rasmi Kerajaan
Negeri dan Malaysia serta pada tahun 1985 telah mengiringi upacara Hari
Keputeraan Sultan Kelantan dan pernah diundang membuat persembahan di
Majlis Angkatan Tentera Malaysia di Kuala Lumpur juga telah melibatkan unit
pancaragam ini.
B) Penubuhan Undang-Undang Bilangan 18 Bagi Tahun 1915
DYMM Sultan Sir Ibrahim telah mengadakan satu undang-undang mengenai
syarat- syarat perkhidmatan ATSN atau Johor Military Forces yang dikenali sebagai
"Undang-undang Bilangan 18 Bagi Tahun 1915". Undang-undang ini telah dirakam
dalam Warta Kerajaan bertarikh 15hb. Disember 1915. Antara perkara-perkara yang
terkandung di dalam undang-undang ini ialah pentafsiran istilah seperti Commandent, Court Marshall, musuh, hadiah militar, kesalahan dan lain-lain.
Undang-undang Johor Military Forces tahun 1915 ini, lengkap untuk tujuan
menjadikan ATSN sebagai sebuah institusi ketenteraan yang dapat memenuhi
fasal-fasal di dalam satu-satu perkhidmatan seperti pengambilan rekrut, disiplin,
kesalahan- kesalahan, tugas-tugas officer dan lain-lain lagi. Di negeri Johor undangundang ini dicetak menggunakan huruf Jawi dan perkataan-perkataan serta istilahistilahnya dieja dalam huruf jawi juga seperti "duty", Regimental Order, Military
Record, Superior Officer, State Prisoners dan lain-lain (Rujukan: Buku Pameran
Sejarah Sempena Perayaan 100 Tahun ATSNJ 1886-1986 oleh, Ahmad bin Hj.
Samion dan Mohd Ayub bin Hj. Noor).
C) Upacara penukaran 1916 sehingga 1935
1. Pertukaran Panji 1916

Pertukaran Panji 1916
Pada 11 Mei 1916, berlakunya upacara penukaran penganugerahan panji oleh Almarhum Sultan Sir Ibrahim. Panji pertama berbentuk seakan bendera negeri Johor. Ia dapat diperkukuh apabila bentuknya segi empat tepat dan terdapat 3 warna utama iaitu (merah, putih dan biru). Terdapat anak bulan dan bintang yang berwarna putih di sudut kiri yang menandakan Raja Negeri Johor yang berdaulat. Warna merah pula disekeliling anak bulan dan bintang yag bermaksud hulubalang ATSNJ manakala biru tua pula bermaksud Kerajaan Negeri Johor. Sekeliling panji dilengkapi dengan benang rambu yang berwarna coklat kekuningan dan tiang panji bercorak lembing dan kepalanya bermotifkan anak bulan dan bintang (Rujukan: Askar Timbalan Setia Negeri Johor 130 Tahun Setia Bekidmat oleh Kamdi Kamil, hlmn. 50).
2. Pertukaran Panji 1935

Pertukaran Panji 1935
Pada 7 September 1935, telah diadakan satu istiadat pengurniaan panji dan tetunggal di Padang Baris Bukit Timbalan, dimana seluruh anggota volunteer seluruh Johor berhimpun. Upacara itu berlangsung di hadapan pegawai-pegawai Johor Melayu, orang putih serta kerabat kenamaan negeri, semua hadir dengan uniform lengkap dan memakai darjah yang ditetapkan. Yang menyerahkan pepanji ialah DYMM Sultan Sir Ibrahim, disaksikan Yang Amat Mulia Sultanah Helen, Yang Berhormat Mulia Ungku Abdul Aziz (Menteri Besar), YB General Adviser dan mewakili volunteer ialah Mejar Yang Amat Mulia Tunku Mahkota, Mejar Yang Amat Mulia Tunku Temenggong serta dianjurkan oleh Mejar YB Dato'Awang. Dualagi iaitu volunteer Kapten Yang Amat Mulia Tunku Aris Bendahara dan Mejar YB Dato' Haji Mohd. Said (Staff Officer) tidak dapat hadir Majlis diteruskan dengan pancaragam dan atur cara yang diselia oleh Leftenan Kolonel YB Dato' Yahya bin Abu Talib, diikuti jamuan teh di hadapan Officer Mess JMF dan jamuan nasi untuk semua ahli volunteer, serta diakhiri dengan sandiwara khas oleh kumpulan wayang Singapura (Rujukan: Hikayat Johor yang Kedua, Tawarikh Duli Yang Maha Ibrahim Sultan Johor Dari Permulaan hingga Kedatangan Jepun (1941) hlmn. 174).
3. Pertukaran Panji 1986

Pertukaran Panji 1986
Istiadat Pertukaran Panji pada 20 Ogos 1986 oleh DYMM Sultan Iskandar di Padang Istana Besar, Johor Bahru. Terdapat seramai 180 orang pegawai dan anggota lain berpangkat ATSNJ yang diketuai oleh Kapten Dato’ Othman bin Daud (Naib Pegawai Pemerintah) telah bertugas semasa penyerahan Panji 1986. Panji kedua ini tidak sama dengan panji pada tahun 1916. Hal ini dapat dibuktikan, panji kedua ini terdapat tulisan jawi iaitu “Allah Peliharakanlah” dan di bawahnya terdapat pedang dan keris bersilang. Di atas pedang dan keris terdapat Mahkota yang melambangkan raja memerintah manakala keris merupakan senjata tradisional Melayu dan pedang pula senjata tradisional Barat ((Rujukan: Askar Timbalan Setia Negeri Johor 130 Tahun Setia Bekidmat oleh Kamdi Kamil, hlmn. 51).
4. Pertukaran Panji 2016

Pertukaran Panji 2016
Istiadat pertukaran Panji 2016 telah berlangsung pada 11 Mei 2016 di Dataran Istana Besar, Johor Bahru Johor. Seramai 190 orang anggota dan 8 orang pegawai telah bertugas semasa pertukaran Panji 1986 kepada Panji 2016. Antara pegawai yang terlibat ialah Mejar Hj. Jalalludin bin Hj. Hamsan (Ketua Perbarisan), Kapten Md Sukri bin Ahmad (Penolong Ketua Perbarisan), RSM Moharam bin Hj. Hamad (RSM Perbarisan), Leftenan Ahmad Hamdan bin Libar (Ketua Detasmen Nombor 1 Ketua Detasmen), Leftenan Mohamad Farhan bin Hj. Kamaludin (Ketua Detasmen Nombor 2 Ketua Detasmen), Leftenan Muda Mohamad Nor Helmi bin Mohamed Amin (Pegawai Panji-panji Baru), Leftenan Muda Mohamad Shafiq bin Md. Zabi (Pegawai Panji-panji Lama) dan Leftenan Muda R. Raffi Ramzee bin Abdul Rheman (Pegawai Kuartermaster Pembawa Panji-panji Baru) (Rujukan: Askar Timbalan Setia Negeri Johor 130 Tahun Setia Bekidmat oleh Kamdi Kamil, hlmn. 57).
D) PENERIMAAN PENGHARGAAN PINGAT DARI KERAJAAN INGGERIS

Honorary Knight Commander Of The Most Excellent Order Of The British Empire (K.B.E)
Pada 6 Mac 1918, baginda DYMM Sultan Sir Ibrahim telah dianugerahkan pingat Darjah
K.B.E. oleh Kerajaan Inggeris di Padang Bukit Timbalan Johor Bahru. Pemasangan
pingat tersebut telah dipasangkan oleh Gabenor Singapura (Rujukan: Buku
Pameran Sejarah Sempena Perayaan 100 Tahun ATSNJ 1886-1986 oleh, Ahmad bin
Hj. Samion dan Mohd Ayub bin Hj. Noor).
Selain itu, terdapat 3 orang ahli ATSNJ telah disenaraikan namanya di dalam
London Gazzette kerana berjasa kepada Kerajaan Inggeris pada 13 Mac 1918.
Antara nama yang disenaraikan ialah Kolonel Komandan Yang Maha Mulia Ibrahim
iaitu Sultan Johor, Mejar Ab. Hamid bin Yusof (Second In Command), Kapt. Haji
Mohd. Said bin Haji Sulaiman (Staff Officer) (Rujukan: Buku Pameran Sejarah
Sempena Perayaan 100 Tahun ATSNJ 1886-1986 oleh, Ahmad bin Hj. Samion dan
Mohd Ayub bin Hj. Noor).
E) PASUKAN JOHOR MILITARY FORCES DIHANTAR MENJALANI LATIHAN DI INDIAN MILITARY ACADEMY, DEHRADUN, INDIA

Tun (Kapt.) Hussein Onn bersama Jeneral (B) Tan Sri Dato' Ibrahim Ismail bergambar kenangan sewaktu berkursus di Akademi Tentera Dehra Dun India Tahun 1941.
Beberapa orang pegawai ATSN telah dihantar sebagai kumpulan
pertama yang diberi Latihan khusus di Dehra Dun India. Antara pegawaipegawai yang terpilih itu ialah, Yang Mulia Tengku Abdul Jalil bin Mohd. Noor,
Mejar Yahya bin Haji Yusof, Mejar Abdul Jabar bin Jaafar dan Raja Ahmad bin
Ali. Bagi anggota- anggota yang lain pula telah diberi latihan lanjutan daripada
pegawai-pegawai tentera British yang didatangkan khas dari Singapura.
Selain itu, 19 Julai 1941 Pegawai Kadet kumpulan kedua dihantar ke
Akademi Pegawai Tentera Dehra Dun, India. Antara pegawai yang terlibat ialah
Ibrahim Ismail, Hussein Onn dan Ungku Ahmad bin Ab. Rahman. (Rujukan:
Buku Pameran Sejarah Sempena Perayaan 100 Tahun ATSNJ 1886-1986 oleh,
Ahmad bin Hj. Samion dan Mohd Ayub bin Hj. Noor).
3. PENGENALAN JOHORE VOLUNTEER FORCE (JVF), JOHORE VOLUNTEER RIFFLES (JVR) & JOHORE VOLUNTEER ENGINEER (JVE)
1. Johore Volunteer Force (JVF)

Johore Volunteer Infantry (Pasukan Meriam)
Pada tahun 1905 DYMM Sultan Ibrahim menubuhkan sebuah pasukan
volantera yang pada mulanya dikenal sebagai “Johore Volunteer Infantry” dan
kemudian “Johore Volunteer Forces (JVF)”. Tujuan penubuhan adalah untuk
menjadikan pasukan ini badan melatih rakyat Melayu Johor sebagai pegawai
tadbir kerajaan. Selain itu JVF ditubuhkan bagi memudahkan pertukaran antara
ATSNJ dengan JVF memandangkan pegawai yang mempunyai latihan
ketenteraan lebih berdisiplin dan boleh menambah kewibawaan (Rujukan: J.M.
Gullit, Rulers and Residents, Influence and Power of the Malay States 1870-
1920).
Pasukan JVF juga mengambil bahagian bersama ATSNJ dalam
perayaan sambutan hari keputeraan King Edward di Singapura. Pasukan ini
berkembang ke daerah Mersing, Segamat, Batu Pahat, Muar dan Pontian.
Pasukan ini mempertahankan Ibu Pejabat ATSNJ semasa Peperangan Dunia
Pertama apabila ATSNJ dikerah mempertahankan Singapura. Pada 7
September 1935 Sultan Sir Ibrahim berkenan mengurniakan panji panji kepada
pasukan JVF dalam satu istiadat dihadiri antara lain YM Sultanah Helen, Tunku
Mahkota Tunku Ismail dan Menteri Besar Ungku Abdul Aziz bin Abdul Majid
(Rujukan: Laman web rasmi ATSNJ)
2. Johore Volunteer Riffles (JVR) & Johore Volunteer Engineer (JVE)
Johore Volunteer Rifles ditubuhkan di bawah Johore European
Volunteer Enakmen No. 11 of 1915. Ahli-ahlinya adalah orang Eropah, dan
mereka tertakluk untuk perkhidmatan di mana-mana bahagian Semenanjung
Melayu atau pulau-pulau yang berdekatan. Kor itu, yang mempunyai perjawatan
8 pegawai dan 166 pegawai lain pangkat rendah, dan bersenjatakan senapang
M. L. E., berada di bawah bidang kuasa Governor of the Straits Settlements
(Gabenor Negeri-Negeri Selat), dan para pegawainya memegang surat lantikan
daripada beliau dengan persetujuan Sultan. Kor itu dipanggil untuk
perkhidmatan aktif oleh Gabenor, tetapi, dalam keadaan kecemasan besar di
Negeri Johor, ia boleh dipanggil oleh Sultan dengan persetujuan Penasihat Am
kepada Kerajaan Johor. Apabila dalam perkhidmatan aktif atau menjalani
latihan atau latih tubi bersama Pasukan Tetap, Rifles tertakluk kepada Army Act,
kecuali bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan dan tiada hukuman lain
yang boleh dijalankan. (Rujukan: Laman Web: dervins.uk: Armaments YearBook,A. Military Forces, hlmn.189)
Johore Volunteer Engineers pula ditubuhkan daripada ahli-ahli Eropah,
dan mereka hanya tertakluk untuk berkhidmat di Negeri Johor dan juga, jika
pada masa kecemasan Gabenor memerintahkan dengan persetujuan Sultan, di
mana-mana bahagian Malaya; atau untuk berkhidmat di mana-mana bahagian
Semenanjung Melayu. Kor itu, yang mempunyai kekuatan satu syarikat
lapangan (field company), dan bersenjatakan senapang serta senjata mesin
Lewis, berada di bawah bidang kuasa Governor of the Straits Settlements, dan
para pegawainya memegang surat lantikan dari beliau dengan persetujuan
Sultan. Kor itu dipanggil untuk perkhidmatan aktif oleh Gabenor, tetapi dalam
keadaan kecemasan besar di Negeri Johor, ia boleh dipanggil oleh Sultan
dengan persetujuan Penasihat Am Kerajaan Johor (Rujukan: Laman Web:
dervins.uk: Armaments Year-Book,A. Military Forces, hlmn.198).
4. KEKUATAN JOHORE MILITARY FORCE(JMF) DALAMPENGLIBATAN PEPERANGAN SEMASA DI SINGAPURA DAN PERANG DUNIA KEDUA
Sebermula adalah hal ahli Johor Military Forces yang menolong berjaga
di Tangling Singapura semuanya berlaku dengar baik tiba-tiba 15 Haribulan Mei
1915 kira-kira pukul 4.30 pe dapatlah telefon ke Bukit Timbalan hal Indians Fifth
Light petang Infrantri yang bersama-sama berjaga di situ menderhaka dan
menembak orang orang pihak Johor tiga orang telah mati kemudian dapat lagi
dari Head Quaters minta bantuan. Oleh itu, antara yang terkorban ialah Walau
bagaimanapun, Kapten Cullimore, Kapten Abdul Jabbar bin Abdul Samad, dan
Prebet Yaacob bin Salleh telah terbunuh dalam pertempuran itu (Rujukan: CO
273/420/75, Riot at Singapore, hlmn. 394).
Menerusi Perang Dunia Kedua, negeri Johor telah didatangani oleh
pasukan tentera Jepun pada tahun 1942. Terdapat beberapa buah kubu telah
ditubuhkan bagi menjaga keselamatan. Antaranya kawasan yang terlibat ialah
Tanjung Pengelih dan Parit Sulung. Walau bagaimanapun, pada tahun 1942
juga General Officer Commanding The Troops Malaya telah menyarankan
anggota JMF agar dipecahkan supaya dapat mengelakkan diri dari ditahan oleh
pihak Jepun (Rujukan: Hikayat Johor yang Kedua, Tawarikh Duli Yang Maha
IbrahimSultan JohorDari Permulaan hingga Kedatangan Jepun (1941) hlmn.
175).
5. PEREHATAN DAN KEWUJUDAN SEMULA PASUKAN JOHORE MILITARY FORCES (1941-1948)
Menerusi Fasal ke-8, pada tarikh 8 Disember 1941 pihak Jepun telah
melafazkan perang ke atas Inggeris dan Amerika Syarikat. Kedatangan Jepun
ke Johor mengakibatakan pihak Inggeris menasihati Sultan Ibrahim untuk
berundur diri dan berlindung di Singapura kerana negara Jepun semakin maju
dari segi ketenteraan dan pertahanan. Pihak Inggeris menasihati agar Pasukan
Askar dan Pasukan Volunteer untuk dipecahkan. Tambahan lagi, pihak Jepun
telah datang menghadap Sultan Ibrahim di Istana Plangi untuk menasihati
baginda berpindah ke Batu Pahat untuk berlindung. Walau bagaimanapun, pada
15 Februari 1942 pihak Inggeris telah di tahan di Changi dan Jepun telah
memerintah seluruh Tanah Melayu sehingga September 1945. Pembubaran
tentera Johor Military Force dan Johor Volunteer Force dapat dilihat tidak
digunakan sehingga September 1945 kerana Jepun masih di Tanah Melayu dan
pendudukan Jepun tamat ekoran daripada kekalahan Jerman di Eropah.
(Rujukan: Riwayat Johor Military Forces, pg: 18).
Seterusnya, pada 6 Januari 1942 empat kompeni pasukan ATSNJ
dibawah perintah Lt. Kol Musa bin Yusof dihantar mengambil alih tugasan
pasukan tentera Australia mengawal peralatan komunikasi di Kota Tinggi serta
menyiapkan benteng pertahanan disana. Apabila tentera Jepun mengebom Kota
Tinggi dan Johor Bahru dua minggu kemudian GOC menasihatkan Sultan
Ibrahim membubarkan ATSNJ memandangkan tentera Jepun telah melanda
Malaya dan bergerak keselatan, dan tentera Komenwel di arah berundur ke
Singapura. Pada awalnya Sultan Ibrahim enggan menerima nasihat itu tetapi
akhirnya terpaksa membubarkan ATSNJ untuk menyelamatkan anggota dan
keluarga mereka. ATSNJ yang mengawal Kota Tinggi, Mawai, Mersing, Lenggor
dan Kahang di arah balik ke kampung halaman untuk keselamatan. Sultan
Ibrahim mengakui anggota ATSNJ berat hati hendak mengundur, tetapi mereka
menjunjung titah Baginda untuk pembubarannya. (Rujukan: Laman Web: Askar
Timbalan Setia Negeri Johor)
Kemudian, 28 Januari 1942 pemerintah tentera Malaya memohon
persetujuan yang Maha Mulia Tuanku untuk membubarkan ATSN dan Volunteer
Johor kerana muslihat peperangan. Cadangan ini telah diterima oleh baginda dan
semua senjata di- serahkan kepada askar British supaya tiada dapat ditawan
oleh musuh. Askar- askar British juga sedang bersiap-siap untuk berundur ke
Singapura. Semua anggota ATSN dan Volunteer diminta berlindung di tempattempat selamat, membawa keluarga masing- masing. terlibat ialah Ibrahim
Ismail, Hussein Onn dan Ungku Ahmad bin Ab. Rahman. (Rujukan: Buku
Pameran Sejarah Sempena Perayaan 100 Tahun ATSNJ 1886-1986 oleh,
Ahmad bin Hj. Samion dan Mohd Ayub bin Hj. Noor)
Akhir sekali, selepas tamatnya Perang Dunia II, pihak British ingin
mengubah status quo sedia ada dengan memperkenalkan Perlembagaan
Malayan Union. Idea ini ditentang oleh pemerintah dan rakyat Melayu. Pada 1
Februari 1948, satu perlembagaan baharu yang dinamakan Persekutuan Tanah
Melayu telah diisytiharkan. Syarat perlembagaan tersebut adalah Persekutuan
Tanah Melayu hanya perlu mempunyai satu tentera di peringkat persekutuan
untuk mempertahankan kedaulatan negara. Oleh itu, peranan JMF dikurangkan
kepada fokus untuk menjaga keselamatan Sultan Johor dan asetnya dan
kekuatan ahli-ahli ini dihadkan kepada kira-kira 100 orang sahaja. Pasukan itu
diberi nama baharu, iaitu Pengawal Badan Sultan. Walau bagaimanapun, Sultan
Ibrahim tidak bersetuju dengan nama tersebut dan mahu nama JMF dikekalkan.
Cadangan baginda diterima baik oleh pihak British. Sultan Sir Ibrahim juga
mengambil alih sebagai kerajaan JMF. Peranan JMF sebagai pengawal
keselamatan Sultan Johor dan istana kekal sehingga hari ini.