hero

Selamat Datang ke Galeri ATSNJ

Institusi warisan yang memelihara sejarah, tradisi, dan kegemilangan pasukan tentera elit tertua di Malaysia.

resume

Pengenalan
Galeri Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ).

Galeri Askar Timbalan Setia Negeri Johor (ATSNJ) merupakan sebuah institusi warisan yang memelihara sejarah, tradisi, dan kegemilangan pasukan tentera elit tertua di Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1885 oleh Almarhum Sultan Sir Abu Bakar, ATSNJ bukan sekadar sebuah pasukan keselamatan, malah ia adalah lambang kedaulatan dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada institusi Kesultanan Johor.


Galeri ini menyingkap tirai sejarah perjuangan, transformasi, dan sumbangan besar ATSNJ dalam mempertahankan tanah air serta melestarikan adat istiadat diraja. Melalui himpunan artifak berharga, dokumen bersejarah, dan memorabilia eksklusif, para pengunjung dijemput untuk menghayati sebuah naratif patriotisme yang membentuk identiti unik bumi Johor Darul Ta'zim.

Ketahui Lebih Lanjut...
Menerokai Sejarah

SEJARAH GALERI ATSNJ

“When Syed Hassan Ahmad Al-Attas moved to Johor, he first went to Muar, where he planted cloves and coffee, but eventually moved to Johor Bahru in the 1880’s. he built a house in Bukit Timbalan which he gave up in 1910 to Sultan Ibrahim to be used as the unit headquarters of the Johor Military Forces”

(Rujukan: Johor, Local History,Local Landscapes by P.Lim Pui)

“The headquarters of the two units at Bukit Timbalan where Sultan Ibrahim had his office became known as The Fort, while the former residence of Syed Hassan Al-Attas was acquired for the unit headquarters of the JMF”

(Rujukan: Johor, Local History,Local Landscapes by P.Lim Pui Huin, 2009, pg: 125- 126) Kenyataan di atas merupakan bukti kukuh bahawa Syed Hassan Ahmad Al-Attas membina sebuah rumah di Bukit Timbalan sekitar tahun 1880an kemudian diserahkan kepada Sultan Ibrahim untuk digunakan sebagai markas Johore Military Forces. Walau bagaimanapun, pada ketika itu Sultan Ibrahim telah menubuhkan The Fort sebagai Pejabat Pentadbiran Johore Military Forces.

Menerusi Laman web rasmi TSNJ, pada tahun 1888 Sultan Ibrahim telah menamakan Bukit Polis kepada Bukit Timbalan dan kemudiannya menubuhkan The Fort untuk dijadikan sebagai Pejabat Pentadbiran Johore Military Forces. Tambahan lagi, bagunan The Fort pada tahun 1920 masih digunakan sebagai Pejabat Johore Military Forces sebelum ianya dijadikan sebagai bagunan Pejabat Penasihat Undang-undang Negeri (Sumber: Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor).

Ketahui Lebih Lanjut...
why why
why why
Menerokai Sejarah

TRANSFORMASI (TSN- ATSN)

"This unit, known as the Timbalan Stia Negri was at first only 60 strong and their main duty was to assist the Police in the maintenance of order in the state (Rujukan: Riwayat Johor Military Forces, pg: 23)."

Selepas DYMM Sultan Sir Abu Bakar berangkat pulang ke Johor, baginda bertitah supaya 60 orang anak muda dalam kalangan melayu dipilih untuk dijadikan constable atau dalam Bahasa Melayu disebut Timbalan Setia Negeri sebagai bantuan kepada Pasukan Polis yang telah sedia ada. Baginda telah berkenan melantik Syed Mahmud bin Nong Yahya seorang Putera Teluk Belanga menjadi ketuanya (Rujukan: Ruwayat Johor Military Forces – Kekuatan Askar Johor dari mula ditubohkan).

Ketahui Lebih Lanjut...
Hubungi Kami

Perlukan maklumat lanjut?
Klik di sini untuk Informasi.