Surat Pindah Rumah (Sumber: Arkib Negeri Johor)
Surat Pindah Rumah dimiliki oleh Major Haji Yahya bin Yusof. Sebelum beliau
berpindah ke rumah kerajaan yang beralamat No. 1543, Bukit Chagar, beliau telah
menetap di PWD.21 Jalan Abdullah Ibrahim.
Beliau dikatakan telah meninggalkan rumah tersebut pada hari Ithnin (Isnin)
bersamaan 14.1.1963.
Kemudian, rumah tersebut dikatakan didiami oleh T.A. Jalil Md. Noor. Perkara ini
diperkukuh apabila beliau mempunyai alamat yang sama iaitu NO. 21, Jalan Abdullah
Ibrahim- b/k 15005. Beliau menetap dari tarikh 17.1.1963.
Surat Tunggakkan Sewa Rumah Kerajaan (Sumber: Arkib Negeri Johor)
Berikut merupakan surat tunggakkan sewa rumah kerajaan yang bertarikh 13 Ogos 1966.
Terdapat beberapa senarai nama yang mempunyai tunggakkan sewa rumah kerajaan.
Antaranya ialah:
1. T.A.Jalil Md. Noor beralamat NO. 21, Jalan Abdullah Ibrahim- b/k 15005.
2. Inche’ Md. Lip bin Bedu beralamat 222 J. Trus, J. Bahru – b/k 18063.
PENGGUNAAN DAN PERUBAHAN NAMA BUKIT TIMBALAN
1. Bukit Bendera dan Bukit Pahang pada tahun 1855
Semasa pemerintahan Dato’ Temenggung Ibrahim Seri Maharaja, baginda
menggunakan nama Bukit Timbalan sebagai Bukit Bendera atau Bukit Temenggung.
Perkara ini diperkukuh apabila, Dato’ Temenggong Daeng Ibrahim telah mengibarkan
Bendera Johor di bukit itu semasa beliau mendarat di Tanjung Puteri.
Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan Dato’ Temenggung Ibrahim
terdapat kemasukan orang ramai dari Pahang sehingga Bukit Bendera juga dikenali
sebagai Bukit Pahang/ Kampong Pahang. Perkara ini berlaku disebabkan oleh Tun
Mutahir mempunyai hubungan yang tidak baik dengan Dato’ Temenggung Ibrahim
sehingga berlaku penamaan tempat yang berbeza pada ketika itu. Secara rasminya,
nama Bukit Bendera digunakan pada era tersebut kerana Bukit Pahang hanyalah
digunakan untuk mengenali kewujudan perpindahan penduduk dari Pahang (Rujukan:
Hikayat Johor yang Kedua Tawarikh Duli Yang Maha Mulia Ibrahim).
2. Bukit Bendera dan Bukit Polis pada tahun 1855 hingga 1887
Semasa pemerintahan Dato’ Temenggung Ibrahim Seri Maharaja, baginda masih menggunakan nama Bukit Bendera (Flagstaff Hill) dan pada masa yang sama juga Bukit Bendera dikenali juga sebagai Bukit Polis (Police Hill) yang kini telah menjadi pusat Telekom Johor Bahru. Penamaan Bukit Polis ini dinamakan kerana pada 3 Oktober 1858, baginda telah menubuhkan Pasukan Pengamanan yang dikenali sebagai Pasukan Polis di Johor. Pasukan polis ini telah dianggotai oleh orang Melayu dan kemudiannya pasukan ini ada diantaranya ahlinya dijadikan sebagai Timbalan Setia Negeri dan ada yang kekal menjadi pasukan polis (Rujukan: Laman web rasmi Royal Johor). Penggunaan nama Bukit Bendera dikekalkan kerana disitulah Bendera Johor dikibarkan kemudian berubah menjadi Bukit Timbalan (Rujukan: Laman web rasmi TSNJ).
3. Bukit Timbalan pada tahun 1888 hingga kini
Nama Bukit Timbalan telah digunakan semasa pemerintahan DYMM Sultan Sir Abu Bakar sehingga baginda mangkat dan diteruskan oleh anakandanya DYMM Sultan Sir Ibrahim. Baginda menukar nama Bukit Bendera kepada Bukit Timbalan kerana disitulah tempat dijadikan sebagai Pejabat Askar dan Markas Unit Johor Military Forces (Rujukan: Laman web rasmi TSNJ).
SEJARAH PENUBUHAN
1. Tahun 1885 sehingga 1886
Sebelum DYMM Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil Ibrahim Shah Ibni Dato’
Temenggung Seri Maharaja Tun Daeng Ibrahim mengikat Perjanjian Setia dengan
Kerajaan Inggeris di England baginda telah mula mengadakan Pasukan Askar Johor
daripada anak negeri sendiri iaitu dikenali dengan nama Timbalan Setia atau Johore
Military Forces (JMF). Penubuhannya, bertujuan untuk memenuhi syarat perjanjian
tersebut disamping mengukuhkan keamanan serta mempertahankan Johor dan
Singapura dari sebarang ancaman luar.
Pada awalnya, pasukan ini dipimpin dan oleh orang melayu sendiri. Kemudian,
Timbalan Setia Negeri dianggotai oleh seramai 60 orang pemuda Melayu yang dikenali
juga sebagai “Konstable” di bawah jagaan seorang anak Teluk Belanga iaitu Syed
Mohammad bin Nong Yahya. Berikutan itu, seramai 20 orang dari Kabul telah diambil
untuk menjadi pengawal Istana. Perkara ini juga diperkukuh apabila, Abdul Ghafar
telah mengetuai untuk membantu dari aspek ketenteraan kerana kepakarannya dalam
bidang ketenteraan (Rujukan: Perjanjian Setia Di Antara Kerajaan Johor dan Inggeris
bertarikh 11hb. Disember 1885 dan kaitannya dengan Penubuhan Askar Timbalan
Setia Negeri, hlmn. 3).
Seterusnya, Menerusi Riwayat Johor Military Force halaman 3 Fasal Kedua
menyatakan bahawa penggunaan pangkat pada masa itu ialah sebudar atau kini ialah
Kapten manakala terdapat juga penggunanaan jemidar iaitu Leftenan. Buktinya, Abdul
Ghafur telah menjadi Sebudar Abdul Ghafur/ Kapten Abdul Ghafur yang telah
mengetuai 70 orang bangsa Kabul.
2. Tahun 1887
Kapten F. De Vetre Creighton, Komandan Johore Forces (Sumber: https://emuseum.cornell.edu/search/creighton)
Selain itu, baginda DYMM Sultan Sir Abu Bakar juga berkehendak askar dan
Kabul dijadikan sebagai sebuah pasukan meriam. Maka, baginda telah melantik
Kapten C.N.C Newland iaitu seorang pegawai dari 2nd Battalion South Irish Division
Royal Artillery. Beliau juga merupakan adik kepada Singapore Police Commissoner
yang sangat mahir dalam bidang ketenteraan. Beliau telah melatih kedua-dua pasukan
ini. Tidak dapat dinafikan, beliau juga telah melatih anak muda Melayu Johor untuk
dijadikan pegawai. Buktinya, Encik Daud bin Haji Sulaiman telah menjadi Kapten.
Walau bagaimanapun, sikap yang kurang menyenangkan dan keangkuhan
Kapten C.N.C Newland telah mengakibatkan Kapten F. De Vetre Creighton yang
pernah berkidmat sebagai Pengetua Siamese Military College telah menggantikan
Kapten Newland. Beliau mempunyai sikap diskriminasi telah mengakibatkan
keanggotaan tentera hanya 188 orang sahaja. Pada tahun 1890, terdapat satu
kontigen termasuk 12 anggota Kabul (artiletari) di bawah Engku Othman dan Lt. Raja
Ali telah ditempatkan bagi mengawal keselamatan Jajahan Muar dan Istana Tanjung
di Fort Tanjong, Muar.
3. Tahun 1895 sehingga 1896
Selanjutnya, pada tahun 1895 berikutan penambahan penduduk telah
menyebabkan DYMM Sultan Sir Abu Bakar menambah anggota Melayu dan dijadikan
pasukan infantri. Kemudian, askar Kabul telah ditambah bilangannya dengan merekrut
ahli yang mempunyai kecekapan untuk dijadikan sebagai pasukan artileri. Pada tahun
seterusnya, baginda telah meneruskan penggunaan pasukan pancaragam yang
dikenali sebagai Johor Band (Rujukan: Laman web rasmi TSNJ).
Selepas kemangkatan DYMM Sultan Sir Abu Bakar, anakanda baginda telah
menaiki takhta sebagai DYMM Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Sir Abu Bakar
Al- Khalil Ibrahim Shah. Baginda DYMM Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur telah
mengubah nama Timbalan Setia Negeri menjadi Johore Military Forces (JMF).
4. Tahun 1897 sehingga 1905
Bintang First Class Imperial Order of The Star of Osmaniah (Turki)
Pada 9 Oktober 1897 (13 Jamadilawal 1315) Gabenor Micheal telah
menyerahkan bintang daripada Yang Maha Mulia Queen Victoria kepada DYMM
Sultan Sir Ibrahim iaitu Bintang Honorary Knightt Cross Of The Most Distinguished
Order of St Micheal and St George (K.C.M.J). Pada 4 Jun 1898 (15 Muharam 1316)
pula, baginda telah menerima Bintang First Class Imperial Order of The Star of
Osmaniah (Turki).
Kemudian, DYMM Sultan Sir Ibrahim sekali lagi berangkat ke Eropah bagi
merundingkan penubuhan pasukan Volunteer Melayu Johor. Hasil dari perundingan
tersebut maka tertubuhlah Johore Volunteer Forces dibawah jagaan Kaptan Daud bin
Hj.Sulaiman. Pasukan Volunteer ini adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan dan
orang-orang awam yang berbangsa Melayu (Rujukan: Ruwayat Johor Military Forces
– Kekuatan Askar Johor dari mula ditubohkan).
Pada tahun 1905, DYMM Sultan Sir Ibrahim telah melantik Leftenan Cullimore
menjadi Kapten Second and Command bagi Johore Military Forces manakala baginda
juga telah melantik Kapten (Major Dato’) Daud bin Hj. Sulaiman sebagai Second and
Command bagi Johore Volunteer Forces (Rujukan: Hikayat Johor Yang Kedua
Tawarikh Duli Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor 1941, hlmn. 167).
5. Tahun 1906 sehingga 1910
Gambar Perbarisan Sempena Ulang Tahun King Of England di Singapura 1906
Sempena Ulang Tahun Keputeraan Raja England, pada 9 November 1906,
pihak Johor atas arahan Gabenor diminta menyertai perarakan bersama pasukan
tentera British dan pasukan lain di Singapura. Pada masa itu, DYMM Sultan Sir
Ibrahim berpangkat Kolonel Komander mengetuai kontinjen itu bersama pancaragam
Johor Military Forces (JMF) yang dikenali sebagai Johore Military Band (Rujukan:
Hikayat Johor Yang Kedua Tawarikh Duli Yang Maha Mulia Ibrahim Sultan Johor
1941, hlmn. 166).
Kedua-dua pasukan dan pancaragam tersebut dibawa ke Singapura; mereka
berhenti di kawasan Tyersall dan Istana Woodneuk untuk menjalani latihan,
kemudian dikumpulkan di Padang Kandang Kerbau selama satu atau dua hari.
Istiadat perbarisan besar itu diadakan pada hari berkenaan ketika itu baginda sendiri
menunggang kuda dan secara peribadi turut mengambil bahagian dalam perarakan
tersebut.
6. Tahun 1911 sehingga 1913
Mahkamah dan Central Police Station Pada Tahun 1911
Secara amnya, pada tahun 1911, terdapat Mahkamah dan Central Police Station
yang aslinya kepunyaan gedung Abdullah Ibrahim (adinda kepada Almarhum Sultan
Sir Abu Bakar). Awalnya, bagunan ini digunakan sebagai Magistrate Court dan di
bawahnya ialah rumah pasong. Kemudian, selepas pembinaan bangunan
Mahkamah di Jalan Air Molek dan Police Station di Jalan Sawmills/ Jalan Meldrum
bangunan ini telah diambil sepenuhnya oleh Johore Military Forces sebagai Club dan
Kantin (Rujukan: Muzium Diraja Abu Bakar Istana Besar Johor).
Seterusnya, sekitar tahun 1913 telah berlaku peningkatan keanggotaan
pasukan JMF iaitu seramai 271 anggota tentera. Seramai 171 orang telah
ditempatkan di Johor Bahru dan 100 orang di Muar. Tidak dinafikan juga, pada tahun
berikutnya peningkatan keanggotaan semakin bertambah menjadikan seramai 396
anggota tentera yang terdiri dari 9 orang pegawai dan 100 orang daripada Kabul
(Rujukan: Akbar The Patriots, Askar Timbalan Setia Negeri/ Johor Military Forces:
Sebuah Pengenalan, 6 March 2018).
7. Tahun 1915
Pada 15 Februari 1915, seramai 199 anggota JMF dibawah pimpinan Kapten
Culimore ditugaskan menjaga Tanglin Barracks yang menjadi pusat tahanan rakyat
Jerman. Ketika itu, anggota daripada Fifth Light Indian Infantry (askar India) telah
memberontak dipercayai kerana enggan dihantar ke medan perang Eropah/Turki dan
menyerang Tanglin Barracks (Rujukan: Laman web rasmi Royal Johor). Walau
bagaimanapun, Kapten Cullimore, Kapten Abdul Jabbar bin Abdul Samad, dan
Prebet Yaacob bin Salleh telah terbunuh dalam pertempuran itu (Rujukan: CO
273/420/75, Riot at Singapore, hlmn. 394).
Seterusnya, DYMM Sultan Sir Ibrahim telah mengetuai 150 orang ke Fort
Canning selepas menerima berita bahawa pemberontak akan menyerang Garison
British. Sebaliknya, pemberontak telah masuk ke Johor. DYMM Sultan Sir Ibrahim
dan orang- orangnya bergegas pulang ke Johor untuk mengejar para pemberontak.
JMF telah menangkap seramai 180 orang pemberontak, yang kemudiannya diiringi
ke ibu pejabat JMF, di mana mereka telah menyerahkan diri (Rujukan: Laman web
rasmiTSNJ)
8. Tahun 1916
2 Buah Kapal Squadron, 1916
Pada tahun 1916, terdapat dua buah kapal yang dikenali sebagai Squadron
telah dihadiahkan kepada Kerajaan British oleh DYMM Sultan Sir Ibrahim. Bantuan
yang diberikan oleh Johor pada ketika itu adalah berketepatan dengan Perjanjian
Setia 1885 yang telah termenterai pada ketika itu (Rujukan: Selamat Johor, hlmn.
64).
Rentetan daripada peristiwa Singapore Munity 1915, kerajaan Johor telah
banyak membantu kerajaan British dari segi keselamatan, perlindungan dan
hubungan diplomatik. (Rujukan: Perjanjian Setia 1885).